TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Friday, April 29, 2011

Layan Dengan Lagu Gelora


Sedap juga dengar lagu P.Ramlee dan Saloma "GELORA"...sambil-sambil tu aku download gambar anak-anak ku.

Layan ajela dengan gambar-gambar ini.
^
^
^
^
^
Sukma Ayu & Rosiqul Akbar sedang buat pose maut 
^
^
^
^
Akbar, Ayu, Izzat, Huda & Adin (lokasi yg berlainan)
^
^
^
^
Akbar & Huda (huda ambil kain tuala sahaja utk menutup 
kepala manakala akbar pakai tudung ibunya)
^
^
^
^
Kami sekeluarga di tangga Masjid As-Salam, Puchong Perdana
Huda & Ayu enjoy dgn buai kat taman mainan
^
^
Ok jumpa lagi di lain hari dan waktu ya....Wassalam.

Thursday, April 28, 2011

Wanita Bersanggul Tinggi Tak Cium Bau Syurga?

SHARING IS CARING.....



Pastikan cara kita memakai tudung mengikut syariat yang ditetapkan....Lagipun sekarang macam-macam tudung dijual dan macam-macam patern jugalah cara memakainya...
jadi renung-renungkan...

Tak Dapat Masuk Rumah Sendiri

Alhamdulillah...dapat bersiaran kembali kita di SAYUR LABU...hehee

Sebenarnya aku nak cerita kisah malangku semalam dengan anak-anak...gara-gara tertinggal kunci rumah aku dan anak-anak hidup macam pelarian. Nasib baik semalam aku ada bawa beg duit...jika tidak berlaparlah kami semua. Cik suamiku ada kat rumah tapi ia nyenyak tidur dalam bilik.

Alkisahnya...Pukul 8 mlm aku dan anak-anak 5 orang pergi hantar anak sulung ke kelas tuisyen lebih kurang sebatu dari rumahku. Setelah hantar kami terus pergi masjid, untuk solat isyak sementara tunggu 9.30 mlm anak sulungku habis tuisyen. Dalam 5 minit kemudian anak bongsuku terkucil di satu sudut masjid (alamak)...(tak pakai pampers) sebenarnya aku nak ajar dia spy tak payah pakai pampers lagi. Aku bersihkan tempat yg kena air kecil tu dan ambil keputusan untuk balik rumah sebab seluar anak ku sudah basah lencun. Sampai rumah ketuk punya ketuk suami ku tidak manyahut...'tidur mati'...puas sudah pintu diketuk tapi tak kejut juga...nak ketuk lama-lama nanti bising pula dengan jiran-jiran.

Alamak camane kami nak masuk ni!!....rasanya dah kuat kami ketuk pintu...tak sedar juga.. Jiran kami terdengar kami terjerit2, mereka panggil masuk rumah mereka dahulu....anak ku yang terkucil tadi diganti seluar anak jiranku (terima kasih). Pukul 9.30 kami minta diri untuk ambil kakak yg tuisyen tadi...Kata sepakat diambil kitaorang main2 dulu kat taman mainan sampai pukul 10.30 kami pulang. Aku suruh.2 anak ku ditugaskan untuk panggil abahnya sambil ketuk pintu di tingkat 3. sementara aku duduk dalam kereta bersama 3 anak yg lain.

Setelah boring duduk dalam kereta aku dan anak2 ambil keputusan pergi jalan2..haluan ku menuju masjid lagi...aku tengok masih ada orang lagi kat masjid..kami naik dan aku solat isyak dulu bersama yang sulung  selepas itu kami beredar setelah pintu pagar masjid nak tutup. Semua orang dah tiada lagi melainkan kami sahaja.

Kami menanti juga panggilan dari suami ku tapi tiada juga...Kami sudah beberapa kali buat panggilan telefon untuknya tapi tak bersahut..mana nak dengar telefonnya diletak dalam bilik sebelah...Selepas itu saya ambil keputusan pergi kedai makan ...sebab aku tengok anak2 dah letih dan lapar (restoran mamak tmp biasa kami semua selalu pergi). Setelah kenyang makan dan ingin berlalu dari restoran itu barulah telefon ku berdering..masa itu jam menunjukkan pukul 12.05 pagi...mmg kami dah agak mesti dari suamiku. Maksudnya cik suami ku baru bangun dari tidur  mati nya......

Alhamdulillah akhirnya kami dapat masuk ke rumah semula. Apalagi aku ceritalah perkara yang terjadi pada kami masa cik suami tidur...aku kena tiaw sikit sebab tak bawa kunci rumah.....haha...perasaan ku geram, marah, kesian macam2...sampai rumah aku suruh anak2 tidur sementalah aku sendiri malas dah nak borak lagi dgn suamiku sebab rasa geram...kenapa boleh tidur sampai tak bangun2.... gerammmmmmmmm..

Ini semua sebagai pengajaran kepada ku.

Moral of the storey :
1) Jangan sesekali LUPA bawa kunci rumah walaupun mahu keluar buang sampah...hehe..
2) Jangan beli kipas besar yang boleh menyenyakkan tidur seseorang lebih2 lagi dalam bilik sbb orang itu tak dpt dengar orang ketuk pintu kat luar.
3) Kunci rumah sekurang2nya letak dalam kereta satu set...mana tahu semua lupa bawa..utk emergency shj.

JAKEL Menawarkan RM1.5 Juta Untuk Pelanggan Bertuah


kosmo - Mohamed Faroz tengah bermesra dengan petugas media pada Malam Penghargaan Media 2010 anjuran JAKEL Trading di Kuala Lumpur semalam.


Jakel, syarikat tekstil terkemuka, menawarkan hadiah bernilai RM1.5 juta kepada pelanggan bertuah sempena Peraduan Beli dan Menang yang bermula Jumaat ini hingga 7 Ogos depan.

Peraduan yang julung-julung kali diadakan itu menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti 20 buah kereta Perodua Viva, 43 buah motosikal Naza Flash, 57 buah televisyen LCD dan 850 keping permaidani.

Syarat-syaratnya mudah iaitu para pelanggan hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM250 dlm satu resit untuk layak menyertainya. Pelanggan yang berbelanja lebih RM250 pula layak untuk cabutan hadiah televisyen LCD manakala yang berbelanja lebih RM500 pula layak untuk cabutan motosikal Naza Flash.

Bagi perbelanjaan minimum RM1000 pula layak untuk cabutan Perodua Viva manakala permaidani pula akan dijadikan sebagai hadiah saguhati kepada para pelanggan.

Jadi apalagi ramai-ramai mari serbu JAKEL di tempat masing-masing.


Maya Karin Duta Program Raptor Watch


Maya Karin nampak ayu...



Dipetik dari kosmo

Maya Karin membuktikan kecintaannya terhadap alam sekitar apabila terus menjadi duta program Raptor Watch.

Raptor Watch sebagai satu festival untuk meraikan migrasi burung-burung pemangsa. Burung pemangsa kebanyakkannya daripada keluarga helang seperti helang sewah dan falko.

Tanjung Tuan menjadi satu-satunya kawasan hutan pesisir pantai yang masih kekal di pantai barat semenanjung Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh tekan SINI.

Wednesday, April 27, 2011

"Diariummi Giveaway"



Diariummi Giveaway anjurkan giveaway lagi...jalan2 SINI
Tahniah izan kerana menyambut ulangtahun ke-2 blog anda.

Saya mahu ajak yuhanis & nureenasir.

Readers juga diajak ramai2 sertai Giveaway ini...clik SINI ya.

Tuesday, April 26, 2011

'asleenda 2nd Giveaway'


Nak join tekan SINI

Cepat tarikh tutup 30April 2011...(tak nak join pun kita tak paksa)
Sekali lagi saya ulang kat SINI.

Saya tag Ummi Na.

Monday, April 25, 2011

Gara-Gara Tak Kering.....

Alhamdulillah...anda ok....saya pun ok...kita kenalah ok kan...kalau tak ok camane nak wat N3 ni hehe..
Pagi ni nak cerita sikit je...tak banyak....sikit je...berkenaan dengan gambar di bawah

Sekali tengok macam sedang mengeringkan kasutkan. Pandai betul tekaan anda...hahaa 10 markah. Alkisahnya anak-anak saya ni memang liat untuk membasuh kasut awal-awal. Sekali cakap suruh basuh kasut tak dilayan..last-last tak berapa nak kering kasut tu...nanti dibuat alasan tak nak pergi sekolah pulak.



Gambar acara pengeringan kasut secara paksa

Jadi terpaksalah saya mencari alternative untuk mengeringkan kasut ni, jika tidak esok nak ke sekolah, takkan nak pakai kasut basah-basah. Kesian pulak diaorang. Langkah Pertama saya keringkan melalui mesin basuh (spin kan ia) lepas tu keringkan bawah kipas syiling. Tak kering juga......(macamana ni).. Jadinya saya dibantu oleh abah diaorang untuk buat pengeringan secara gantung macam cucuk sate di atas...

Lawak betul rasanya..tapi tak lawak jugak...saya je rasa lawak kot. Siapa tak sayangkan anak-anaknya sampai sanggup bangun pagi2 buta sedangkan masa tu kan sedap peluk bantal lagi... pukul 3 pagi macam saya buat dengan suami untuk mengeringkan kasut diaorang.Kalau diaorang tak tahu kenang jasa dan budi ibubapa lagi tak tahu la nak cakap..Saya rasa ibubapa di luar sana pun buat seperti yang saya lakukan.

Kesudahannya kasut diarong kering dan alhamdulillah tiada rungutan kasut basah lagi untuk menindakkan mereka untuk tidak pergi sekolah...

Sunday, April 24, 2011

Awas...Harga Emas Naik Membahayakan Kaum Wanita

Alhamdulillah dan selamat bangun pagi adik-adik yang perlu bersiap untuk ke sekolah, kakak, abang yang perlu bersiap untuk pergi kerja...semoga semuanya dalam kawalan terbaik semuanya.

Saya memetik isu semasa mengenai harga emas yang naik melonjak kini. Peningkatan harga emas sebenarnya turut berlaku di negara kita dan mereka yang banyak menyimpan logam emas dan berharga ini semestinya akan tersenyum lebar (adakah anda salah seorang yang sedang tersenyum itu) - tak mau mengaku tak pe (faham2).


gambar hiasan sahaja dan foto diambil dari sini

Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan di kalangan para pemilik emas ini, ada satu berita kurang enak didengar untuk mereka terutamanya di kalangan kaum wanita yang gemar memakai barangan perhiasan daripada emas kerana mereka sebenarnya menjadi tumpuan para peragut, pencuri dan perompak. Rupa-rupanya kenaikan harga emas ini mendapat perhatian peragut, pencuri dan perompak yang sudah memulakan tindakan-tindakan gila memburu mangsa-mangsa mereka.

Mari kita kongsi cerita beberapa kejadian yg melibatkan barang kemas antaranya berlaku di Bandar Baru Bangi membabitkan seorang guru wanita yg baru hendak keluar dari rumahnya utk pergi mengajar di sekolah. Ketika guru malang itu melangkah kelaur dari pintu rumahnya, tiba-tiba seorang lelaki meluru ke arahnya lalu meragut rantai serta gelang emas yg dipakai guru tersebut. Guru itu tergamam dan tidak mampu berbuat apa2 dan kejadian itu berlaku pada waktu siang hari.

Satu lagi kes seorang perompak tiba-tiba telah masuk ke rumah dan dengan beraninya merentap barang kemas yang dipakai oleh wanita didalam rumah tersebut sebelum cabut lari. Menariknya, ketika itu, wanita berkenaan  dikatakan sedang berehat di dalam rumah bersama keluarga lain dan sama sekali tidak menduga seorang perompak sanggup masuk ke dalam rumahnya ketika beberapa ahli keluarganya berada di dalam rumah itu pada waktu petang.

Mungkin terdapat banyak lagi kes yang berlaku. Pengajarannya daripada kejadian ini semua pihak terutamnya kaum wanita yang selama ini gemar memakai barangan kemas seperti emas seharusnya tidak terlalu mendedahkan kepada umum.

Wassalam.....beringat sebelum kena.

Saturday, April 23, 2011

One Lovely Blog Award - 7 Perkara Mengenai Diri



Sebenarnya Award ni datang dari Mamayatie. Bukan dia bagi free tau...tapi suruh kita menyenaraikan 7 perkara tentang diri....malu-malu....tapi mahu....hehe

Macam ni lah...Kerna Terpaksa (lagu)...ku buat jugak untuk memuaskan hati pemilik blog INI.

Wokeyy...

No. 1 >>>>>  Ibu kepada 5 orang cahaya mata, sulung perempuan umur 12 thn, kedua lelaki 11 thn, ketiga lelaki juga 9 thn, keempat perempuan 5 thn dan yg bongsu lelaki 3 thn. Mereka semua ini mempunyai seorang 'Abah' yang penyayang dan tegas jugalah dengan anak-anak.

No. 2 >>>>> Sekolah..dari darjah 1 sampai darjah 6 saya sekolah di Sek Keb Danan, Pasir Puteh, Kelantan..org kelate...hehe. Selepas itu sambung tingkatan 1 di Sek Men Panji Alam, Kuala Terengganu (tinggal bersama kakak utk setahun shj). Sambung lagi ting 2 hingga 6 atas di  Sek men Bukit Jawa, Pasir Puteh (come back home town)..After that rasa nak perbaiki keputusan slip periksa ting. 6 tu aku pergi pulak balik ke Kuala Terengganu sekolah di Grammer School, Kuala Terengganu....habis tu...terus kerja kat KT. Di sini jumpa dgn boy friend aku..(suami ku sekarang)...panjang pulak tulisnya..jgn mareee MamaYatie ya.

No. 3>>>>> Hobi ku...membaca jugak macam Mamayatie. Tapi tak lah se'gila' pembacaan Mamayatie,,,
Sampai sekarang suka membaca terutama bacaan tentang Motivated..pehhhh lagi2 tulisan Dr. H.M Tuah Al-Haj.

No. 4>>>>> Mudah sangat terkeluar air mata...macam laa mata aku ni kilang air mata kot...aku pun hairan..ckp sikit yang sedih2 dah kuar air tu..dah laa nak berhentikan rasa sedih tu ambik masa yang lama..bahkan kalau tengok cerita kartun yang berpeluk pun aku dah mula bergenang air mata....lawak betul..

No. 5>>>>> Tak suka buang masa..apa2 mesti buat sesuatu asalkan mendatangkan faedah bg aku dan orang lain..Walaupun aku bekerja di USJ 12 skrg, tp aku juga ada buat bisness kecil2..jual itu, jual ini..asalkan dpt duit..mata duitan kot...taklah..Aku juga suka mengingatkan diri supaya lidah ku senantiasa berzikir mengingat Pencipta kita...harap teman2 kat luar pun boleh melakukan sama ya...

No. 6>>>>> Bab cita2 ni..maklum sekarang pun dah umur 73...eh bukan2..terbalik tu..tak pe laah kerja apa2 pun asalkan dapat duit..skrg aku fokus untuk besarkan anak2 spy menjadi anak2 yang baik dan berjasa pd orang tua nanti..spy mereka menjadi anak yang berguna di kemudian hari..itu aje..hajatku juga nanti anak2 dah besar aku dan suami ku boleh pergi solat bersama2 ke masjid nanti....aminnnn.

No. 7>>>>> last ye..apa lagi mau ditulis kat sini nii oh ya aku suka orang hormat kan aku dan aku pula suka hormat orang..tak kira siapa mereka...walaupun seorang pengutip sampah pun..aku juga suka berborak dan biasanya aku dulu yang menyapa orang yang baru kenal...peramah katakan..

Ok lah...MamaYatie, harap puas hati dengan 7 perkara di atas...tima kasih sekali lg bagi award ya..haaa kena tag teman2 lain..sapa ya...akupun tak kenal sangat mereka2 ni..tapi tak pe lahhh sapa2 yang membaca en3 ni..yg rajin dan mau terima award ni boleh lahh ambik ya..

Ayu Raudhah Menunggu Zuriat


Ayu Raudhah (foto dari kosmo)


gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha
Ambil dari SINI

Haaa...ini siapa tak kenal Ayu Raudhah iaitu adik kepada jelitawan Rozita Che Wan. Memang aku minat anak-anak Che Wan ni...cantik, manis, sedap mata memandang dan menjadi ikutan masyarakat untuk mengetahui kehidupan mereka sehari-hari.

Kata Ayu beliau belum lagi mengandung  walaupun dalam hati mereka zuriat itu menjadi keutamaan sekarang. Beliau menambah  apatah lagi sekarang baru selesai menjalani drama dan telemovie.

Untuk ikuti kisah lebih lanjut mereka boleh tekan sini.

Semoga Ayu dan Mohd Zakuan Adha (pemain bola sepak Negeri Sembilan) bahagia melayari bahtera bersama..Amin.

Rozita Che Wan Berkawan Rapat Dengan Shahir AF8


Rozita Che Wan


gambar dari kosmo

Rozita Che Wan si cantik manis yang tengah hot masa kini. Sahamnya semakin naik setelah macam-macam kontroversi melanda beliau, tetapi Rozita tetap optimis dengan kehidupannya sekarang. Walau apa pun kenyataan masyarakat terhadapnya beliau tetap tersenyum manis menghadapinya.

Sebagai seorang artis beliau sudah lali dengan kehidupan sebagai public figure. Apatah lagi beliau seorang janda beranak dua. Tika ini beliau dikaitkan dengan Shahir AF8. Kata Rozita beliau suka berkawan dengan Shahir yang juga berasal dari kampung macam ia juga. Shahir juga katanya suka masakan kampung dan peramah orangnya. Ada bibit-bibit kemesraan yang membuatkan Rozita mampun tersenyum sekarang dengan kehadiran Shahir yang muda bebelas tahun darinya. Itu semua tidak menghalang Rozita dari berkawan rapat dengan Shahir.

Untuk berita lebih lanjut boleh SINI.

Walau apapun saya minat dengan Rozita Che Wan. Asalkan beliau gembira dalam kehidupan yang penuh mencabar ini...Wassalam.

Ustaz Ashraf Muslim Sudah Bertunang

Ashraf Muslim

Ashraf Muslim Bertunang


kredit foto dari sini sini.& SINI

Ashraf Muslim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amirul dalam drama sudah melangsungkan pertunangan dengan pujaan hatinya iaitu Noor Dayana Hj. Lokman di rumah Dayana di Gombak pagi ini.

Khabarnya akan berkahwin pada 1 Syawal di Mekah...bertuahnya badan...hehe
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi kat sini.

Semoga Ustaz Ashraf kita kekal bahagia di samping tunang tersayang.

Friday, April 22, 2011

Senarai Kumpulan 10 Dari Blog Gegar Ben Ashaari

Alhamdulillah di bawah ni aku copy senarai dari KUMPULAN 10 iaitu kumpulan aku dibawah Gegar 1 Ribu Blog April 2011 (SINI). Mula2 tu rancak gegar blog dari kumpulan yang sama tapi tak semuanya...tak sempat. Jadi aku mahu sambung gegar lagi. 


Usahkan nak gegar dari kumpulan lain kumpulan aku sendiri belum habis lagi.....tapi ada juga aku ciluk-ciluk intai dari kumpulan lain hehe. kalau sesiapa yang mahu tumpang sini pun boleh..,,,,,kita tak marah. Jom sambung gegar..


KUMPULAN 10
  1. http://dis-mysimpleworld.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  2. http://www.etiey.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  3. http://ezolisfaez.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  4. http://yuhanis-pinkaholics.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  5. http://ayuhashim-ayu.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  6. http://af-sal.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  7. http://umieakif.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  8. http://ummiaisukecontest.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  9. http://hasinunyarqie.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  10. http://sajanakcerita.blogspot.com/2011/04/gegar-1000-blog-april-bermula.html
  11. http://linicenote.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  12. http://amalinafadzil.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  13. http://mysweeticing.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  14. http://cydaacme.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  15. http://mrsmaza.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  16. http://ayaisensei.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula-p.html
  17. http://katekatekite.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  18. http://ciktembume.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  19. http://zieyrasulley.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  20. http://cujen.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  21. http://anggerekputeh.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  22. http://anggerekputeh.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  23. http://expire-date.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  24. http://shayunxaienie.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  25. http://greenliciousima.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  26. http://greenliciousima.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  27. http://lovelymasha.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  28. http://azziesamad.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  29. http://azziesamad.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  30. http://lindahery.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  31. http://bidadari-kayanganku.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  32. http://aniss-bicarakalbu.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  33. http://ijazambry.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  34. http://uzairkate.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  35. http://zusazali.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  36. http://mishylipcious.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  37. http://ainfrenky.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  38. http://luqmanextream.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog.html
  39. http://kedaikudotcom.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  40. http://ainfrenky.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  41. http://ikmalira87.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  42. http://mummyzarascottage.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  43. http://suedeorange.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  44. http://hqfizulhqkim.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  45. http://jahnscar.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  46. http://mishlily.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  47. http://grawwrbabe.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  48. http://iduraz.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  49. http://swardah.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  50. http://airails.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  51. http://nurulnyza.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  52. http://nazarku.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  53. http://opanaz.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  54. http://www.abangzam.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  55. http://abcdefnormal.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  56. http://kazreal.blogspot.com/2011/04/start-1000-blog-rockin.html
  57. http://tiqaramlan.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  58. http://emasriee.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  59. http://farhanahadzlan06.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  60. http://beloganakmuda.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  61. http://tikaas.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  62. http://cikdianacolourfull.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  63. http://akiemforever.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  64. http://redribbonboutique.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  65. http://alwayzbeyourself.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  66. http://princesssheril.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  67. http://cikwhite.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  68. http://kamoo-cpahniza.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  69. http://sailaaf.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  70. http://heroemie.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-bermula.html
  71. http://mamazakuan.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  72. http://ummiedamia.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-ben-ashaari.html
  73. http://nadzarahal-habsyi.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  74. http://syidadredladybird.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  75. http://amalinafadzil.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  76. http://mardydy.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  77. http://ameiru.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  78. http://mamazakuan.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  79. http://hariskaito.blogspot.com/2011/03/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  80. http://thestoryofmyjourney.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  81. http://keceq.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  82. http://ayuanakchee.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-april-bermula.html
  83. http://hadifar-fyda.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  84. http://miasaranajwa.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  85. http://yantyaziz.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  86. http://maritzaperezzzz.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  87. http://sabrinaazhar.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  88. http://ezzatyharith.blogspot.com/2011/04/gegar-1000-blog-april-bermula.html
  89. http://lifeasnadea.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html#links
  90. http://storyhns.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  91. http://citationlife.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  92. http://mamanoriz.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  93. http://colour-ful-nad.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  94. http://chipsmoresaje.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  95. http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  96. http://kisah-gadismelayu.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  97. http://anisfarhanaaliman.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  98. http://sepatukacasindarella.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  99. http://daridapuridah.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
  100. http://aimanraziff.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html

Elak Makan Telur Mentah


Gambar dari KOSMO


Kekeliruan tentang pengambilan telur untuk diet seharian mengelirukan kita semua. Baru-baru ini kes telur tiruan telah menyebabkan orang ramai kurang membeli telur di pasaraya maupun dikedai biasa.


Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin kemudian mengesahkan ujian yang dilakukan terhadap sampel telur ayam tiruan yang dirampas dari sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang itu mendapati ia tulen.


Kita bagaimana disaran mengambil sekurang-kurang 3 biji telur dalam seminggu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengambilan telur ini boleh melayari berita KOSMO.

Kelantan Garang 4-0 Dengan Perlis


foto dari KOSMO

Keputusan Liga Super Kelantan lawan Perlis semalam menyaksikan Kelantan mengutip 3 mata  penuh dengan 27 mata sekarang. Dengan ini Red Warrior menduduki tangga ke-2 setelah berada ditangga ke-3 Selepas Terengganu.


Aksi yang ditunjukkan di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu itu menyaksikan Kelantan mendapat mata penuh 3 mata selepas  Selangor menduduki tangga pertama dengan 29 mata.


Empat gol The Red Warriors masing-masing dijaringkan oleh Mohd Azuan Solahudin, Norshahrul Idlan, Mohd Nizad Ayub dan Kapten Pasukan Mohd Badri Radzi.


Malam ini dijangka Terengganu dan Selangor akan berlawan dengan lawan masing-masing dan semestinya aku tak sabar nak tahu keputusannya...





Tips Tingkatkan FOLLOWER

Pautkan Link Anda Dengan Betul

Alhamdulillah dan Salam Hari Jumaat. Hari ini aku nak share sikit tentang bab LINK ini. Sebelum ini pun aku kurang pasti juga tapi disebabkan ingin mendalami bidang blogger ni aku memberanikan diri untuk bertanya dengan sifu aku..
MamaYatie. Tak tahu tanya, tak tahu tanya...lama-lama pandailahkan hehe..



Ku akui follower aku bertambah saban hari walaupun tak selaju..tak separah ben yang macho tu tapi semangat untuk berblog still ada. Kebanyakan mereka aku dah follow atau dah aku follow balik... aku akan add sesiapa sahaja yang add aku seperti kata orang "what you get, you give back"... ini penting sebab, dengan cara ini sahajalah korang akan dapat pembaca yang setia atau sekadar untuk memeriahkan lagi dunia blogger.



Selalu kan ada orang komen dekat kita "I follow you, You Follow me back". Beriya kita nak follow orang nie... tiba-tiba kecewa satu jer... sebab apa tak ade link.  Contoh seperti di bawah nie...blogger yang terpapar harap baiki secepat mungkin... anda mungkin dalam kerugian... Kita tidak tahu follower dari mana...Jadi anda boleh ikuti step yang ditunjukkan dari sini pada sesiapa yang belum ada link di blognya. CONTOH:-




Dalam profile beliau nie...tiada langsung Links atau pautan ke Blog sendiri
(cuba banding dengan profile kat bawah nie)






Tengok ada perbezaan gambar atas dengan bawah dalam profile
Gambar atas tiada link bawah gambar (sekadar hiasan)
Gambar bawah pula ada link yang boleh kita ikuti blognya


Cara Perbetulkan (5 STEP sahaja)


STEP 1 : Pergi ke >>> DASHBOARD


STEP 2 : Klik >>> EDIT PROFILE


STEP 3 : bawah EDIT >>> Privacy >>> share my profile 
pastikan korang dah [ TICK ] share my profile 



STEP 4 : bawah EDIT >>> Privacy >>> Show sites I follow
pastikan korang dah [TICK ] Show sites I follow



STEP 5 :  Korang scrool bawah EDIT >>> sampai dekat  GENERAL 
masukkan Homepage URL

Last STEPYang maklumat lain-lain dalam EDIT PROFILE tuu kalau anda rajin isi, sila laa penuhkan...



Kalau nak lebih mendalam lagi boleh pergi ke blog adam yang baik hati bagi tutorial ini...tq adam.

Wasallam..

Wednesday, April 20, 2011

Justin Bieber

Rambut Justin Bieber Mendapat Kawalan Ketat

Populariti Justin Bieber bukan pada bakat dan ketampanan wajah sahaja malah anggota badannya juga mendapat perhatian yang sangat tinggi. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa anggota badannya seakan tidak bersatu dengan 'keistimewaan' selebriti remaja terkenal ini. Apa tidaknya, beberapa  helai rambut Justin dikawal rapi bagi mengelakkan daripada dicuri.

Ini kerana, beberapa tahun lalu, Justin pernah memberi beberapa helai rambutnya kepada Ellen Degeneres namun ia kemudiannya dijual di eBay dengan harga 25 ribu Pound Sterling. Khabarnya, ia dibeli oleh Golden Palace Casino dan terus mendapat pengawalan ketat. Dikatakan juga kasino berkenaan bersedia menyewakan helaian-helaian rambut Justin untuk diarak ke pelbagai tempat.

"Rambut berkenaan disimpan dalam sebuah bekas kaca yang mempunyai tanda tangan Justin dan tujuan utama ia disimpan adalah acara Lucky Strike Lanes di Miami, Florida. Dalam perkembangan yang sama, Justin juga bersetuju untuk menyumbangkan beberapa helai rambutnya lagi bagi tujuan mengumpul dana untuk mangsa-mangsa tsunami di Jepun baru-baru ini".

Berita dari Mingguan Wanita Keluaran Bil. 1430.




kredit foto dr Mr. Google

Tuesday, April 19, 2011

Puding Pelangi

Alhamdulillah...hari ini sempat lagi saya buat ent3 baru. Baru balik dari ofis dan balik sekejap semata-mata untuk menonton drama Marimar dari Filipina. Hajatnya sekejap lagi mahu keluar beli barang-barang dapur sikit. Sebelum itu saya  mau tempek gambar Puding Pelangi yang saya buat semalam. Kalau anda semua mahu menyediakannya juga boleh sahaja ambil resipinya di bawah:-


 Puding Pelangi diserikan lagi dengan coklat hiasan


Puding Pelangi yang dalam loyang

Bahan-Bahan
Krimer jagung 1 tin
Susu cair 1 tin
Tepung kastard 1 cawan
Gula 3/4 cawan
Air 2 cawan (ikut sukatan tin krimer jagung)
Garam secubit

Cara-cara
Semua bahan kecuali tepung kastard dan susu cair dimasukkan ke dalam periuk. Kacau dengan api perlahan. Sambil itu ambil tepung kastard dan susu cair dikacau  sehingga sebati dalam bekas yang lain. Setelah sebati masukkan kedalam periuk tadi. Kacau sampai puding tersebut pekat dan berkilat. 

Selepas itu bolehlah tutup api dan masukkan dalam acuan. Boleh makan panas-panas atau sejuk. 

Selamat mencuba. Wassalam

Sunday, April 17, 2011

Target Follower Ke-100

Alhamdulillah..


Malam ni cukup 100 follower aku dapat..horeeee..


Walaupun cukup besar jumlah itu bagiku mungkin follower di sana anggap angka ini terlalu kecil. Tak pe lahh...rasanya dah berbaloi untukku dan aku ingin tingkat kan lagi pencapaian dlm berblogging. Orang yang bertuah dapat nombor ini ialah cikguden.


Mari kita lihat kira-kira matematik ini. Gara-gara follower aku dah sampai 100 jadi malam ni kita sama-sama mengira. Cantiknya semua jawapan jumlahnya 100.



         1.     123+45-67+8-9 =100
         2.     123+4-5+67-89 =100
         3 .    123+4x5-6x7+8-9 =100
         4 .    123-45-67+89 =100
         5.     123-4-5-6-7+8-9 =100
         6.     12+34+5x6+7+8+9 =100
         7.     12+34-5+6x7+8+9 =100
         8.     12+34-5-6+7x8+9 =100
         9.     12+34-5-6-7+8x9 =100
        10.     12+3+4+5-6-7+89 =100

Ada juga orang kata angka 100 ini angka yang lengkap dan sempurna. Malah kalau ada orang meninggal pun ada juga kita buat kenduri atau bacaan selamat untuk awrah pada hari yang ke-100. 

Ok itu sahaja untuk en3 kali ini. Senyum..dah dpt angka 100..