seorang yang dermawan, baik hati, pentingkan rakyat yang susah yang tiada keupayaan untuk berniaga, yang perlukan pertolongan dari seseorang, yang dalam ertikata lain suka bantu orang susahla.
Walaupun Tan Sri Syed Mokhtar ini dulunya tidak pun belajar sampai ke Universiti, hanya lepasan tingkatan 5 (itupun tidak ambil exam tingk. 5 sebab kesempitan duit tapi tengoklah sekarang siapa dia...antara rakyat Malaysia yg ke 7 terkaya di Malaysia..kalau tak silap laa..banyak sumbangan sosialnya telah ditabur....hebatkan macam mana tu sampai boleh jadi kaya padahal hanya lepasan tingkatan 5 sahaja...fikir-fikirkan...
Sebenarnya bukan apa aku terpegun dengan ciri-ciri dan sifat dermawan yang ditaburnya selama ini..disini aku coretkan beberapa baktinya kepada masyarakat..itu yang kita tahu yang kita tak tahu mesti banyak lagikan..
antaranya:
- menubuhkan yayasan Al-Bukhary
- menubuhkan muzium kesenian islam
- menubuhkan kompleks Al-Bukhary
- menaja kelas tuisyen untuk pelajar melayu
- mengindahkan masjid negara
- sumbangan satu juta untuk tabung tsunami
- menaja setiap tahun penghantaran rakyat malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
- dan banyak lagi.....hanya Allah yang tahu...
so dari sifat ini aku pun mahu jadi macam Tan Sri juga lah..so langkah pertama ku ku dermakan ...malu nak cakap sebab bukannya besar sangat sumbangan ku itu...hanya kalau dibandingkan Tan Sri rasa jauh panggang dari api bezanya..tapi aku nak nyata juga...bukan nak riak atau nak bangga dengan sumbangan ini tapi kalau rakan-rakan blogger sekalian buat seperti Tan Sri pasti rasa senang hati kerana dapat membantu walaupun sekecil mana pun.
sebenarnya maluuuuu dan segan juga sebab jauh sangat perbezaan sumbangan aku yang tak seberapa ini tapi aku bertekad mau mengikuti jejak Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary yang baik hati ini dengan sifat dermawan. ok lah aku tulis juga kat sini..sebenarnya aku tercabar dengan pengorbanan Tan Sri so aku pun buat apa yang terdaya aku sumbang walaupun kecil...tadi petang setelah suamiku datang ke hospital tempat aku tidur dah seminggu hehe...dengan anak-anak so aku hantar diaorang pulang sampai ke kereta. jadi aku ambil dalam bonet 'hanger tudung 28 lubang' kegunaan untuk menyangkut tudung untuk wanita..jadi aku ambil satu..sebab dalam bonet tu ada dua..aku ambil salah satu warna tak silap hitam putih. kebetulan masa tu memang hajat aku turun dan mahu terus pergi surau untuk solat zuhur..so aku bagi hanger tu pada pengawal yang menjaga berhadapan surau tu supaya mengadakan paku untuk menyangkut hanger ini...aku ikhlas... dengan hasrat untuk memudahkan pelawat atau pesakit yang menggunakan surau itu meletakkan tudung masing2 dihanger itu..so tidaklah letak atas lantai bertaburan gitu..
mungkin anda gelak atau kata itu perkara kecil..tapi bagi aku itu pengorbanan atau sifat yang baik untuk memulakan sifat dermawan seperti Tan Sri ini.. hasrat ku juga semoga lain kali apa yang boleh kita bantu, kita bantu apa yang boleh kita sumbangkan..kita sumbangkan...jangan tunggu kita kaya dulu baru nak beri sumbangan..macam itu seperti kata Tan Sri "apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang".
Mesti anda nak tahu macammana dan bagaimana sumbangan sosial Tan Sri Mokhtar ini bermula-
"bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun RM750.00 pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. sebahagian lagi RM750.00 ibunya simpan. selain itu, ibunya menyuruh juga beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembetukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
No comments:
Post a Comment
JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN