Ingat lagi aku sewaktu tinggal dalam wad hospital..petang-petang dalam pukul 4pm macam tu aku dihidangkan dengan roti ikan bilis + secawan teh panas, ada tu bubur pulut hitam + secawan air kopi...yang pasti hari-hari dihidangkan menu yang berlainan....maklumlah aku baru balik dari hospital semalam...
O.K...hari ini aku nak tunjukkan Puding Pelangi (maksudnya berwarna-warni la kan).
Balik sahaja dari hospital dalam kepala aku tak de lain mahu buat resipi Puding Pelangi ni. Al-kisahnya semasa aku di wad aku ada search resipi ini dari My Resipi dalam facebook...dia punya bahan-bahan pun tak banyak sangat, jadi aku rasa boleh buat la..kalau nak cuba buat puding ini boleh ambil resipi dibawah.
Antara ramuannya seperti :-
- Agar-agar 10gram
- 1/2 tin susu cair
- 650ml air
- 200 gm gula pasir
- 60gm mentega
- 1 biji telur
- 1 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh vanilla
- Pewarna merah, hijau & kuning (ikut suka)
Cara-caranya:
- Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
- Pukul telur menggunakan whisker dan masukkan susu cair tadi juga tepung kastard. Kacau hingga adunan ini rata kemudian ditapis.
- Setelah ditapis satukan adunan telur dan agar2, kacau lg hingga rata serta masak semula hingga adunan mendidih. Kemudian masukkan mentega tadi dgn vanilla dan kacau hingga rata. Lepas itu tutup api.
- Bahagikan adunan tadi kepada 3 bekas sama banyak (mangkuk). Lepas itu bubuh koko (campurkan sedikit air pada koko) kedalam salah satu adunan didalam mangkuk. Kacau hingga rata. Adunan yang dua mangkuk lagi itu boleh masukkan warna merah dah hijau (ikut suka ya)
- Sengetkan loyang menggunakan buku atau seangkatan dengannya, asalkan loyang itu berkedudukan senget.
- Selepas itu acara masukkan adunan tadi satu demi satu dalam loyang itu sampai siap...masuk dalam peti sejuk (jika mahu cepat beku)..lagi sejuk lagi sedap kot. Boleh makan...
Puding Pelangi
yang ni baru nak masukkan dalam peti ais dulu
ok lahhh maklum baru belajar buat
sudah dipotong untuk dibawa ke ofice..hajatnya
abaikan yang tepi acuan ni ya....
Selamat Mencuba.....
No comments:
Post a Comment
JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN