TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Saturday, March 26, 2011

4 katil sorang je yang tinggal lagi...saya laa tu

Selamat pagi, selamat beristirehat, selamat menjamu selera, selamat tidur lagi kalau yang belum bangun...inikan hari minggu (Ahad) 27hb Mac 2011. Tapi aku tetap disini..di wad 3B Precinct 7, Hospital Putrajaya.

katil-katil yang berada di depan katilku..see kosongkan..hehe
siapa mahu teman saya ni angkat kaki kanan...gurau je..harap dapat teman secepat mungkin


Suasana yang hening, tenang dan hanya tinggal aku dalam bilik ini. Nak buat apa ya sorang-sorang. Pada aku baik aku buka teman aku ni dan meluahkan apa yang tersirat dan tersurat dalam benak dan hati ini..Aku baru lepas di chek bacaan menggunakan huruf dari sebelah mata kiri dan sebelah mata kanan menggunakan jarak penglihatan yang ditetapkan. Selepas itu aku dibawa ke tingkat bawah untuk dichek mata lagi oleh seorang doktor wanita...doktor wanita ni baik, manis, sedang mengandung nampaknya tapi tetap menjalankan tugas seceria mungkin walaupun hari ini hari minggu iaitu hari untuk beristirehat lebih2 lagi doktor ini yang tengah sarat mengandung..

Katanya keadaan mata ku semakin beransur baik dan ia buat test sikit dimataku menggunakan alat mata itu..aku sendiri pun tak tahu nak panggil apa ntah..selesai test ia mengambil gambar mataku dari beberapa sudut depan, tepi dan atas. Katanya lagi kemungkinan kena tunggu  2 3 hari lagi baru dapat keluar hospital...matilah aku macam ni..huhuaaaa..bila nak balik umah niii...

Sebelum aku test mata tadi seorang doktor wanita iaitu doktor ENT iaitu salah seorang doktor hidung yang chek hidung ku sebelum ini. Katanya macam doktor mata tadilah katanya kita still tunggu dan lihat dengan bagi ubat dulu kalau tidak kena buat something laaa (bedah)...tidakkkkkkkkkkk.

Maksudnya aku tinggal sini makan tidur then kena cucuk ubat, ambil tekanan darah, ambil suhu badan itulah rutin ku hari-hari.  Pada sebelah pagi salah seorang doktor akan bagi laporan tentang kemajuan penyakit ku...hahahaa..harap-harap anak-anak ku dan sudah tentu suamiku dapat bersabar menunggu kepulangan ibu/isterinya ini..

4 comments:

  1. oho, akak kt sepital now...sakit aper? hopefully cepat dpt blk umah....

    ReplyDelete
  2. ya akuzle..tima kasih jenguk akak walaupun di alam maya ni..akak bengkak kelopak mata hari tu sampai tutup sebelah mata ni..dah seminggu bertandang kat hospital ni..mula2 kat hosp serdang dan skrg kena pindah kat hosp putrajaya pulak..
    itulah nak cepat2 balik umah...kesian anak2 hanya abahnya yang jaga...

    ReplyDelete
  3. huhu..live from spital tur...sempat lagi layan blog...cepat2 la baik yer kak dah..

    psstt..hari besday nurin..1/2 day sbb nak sambt besday dia la ni

    ReplyDelete
  4. idah ...kat cni pulak ke ingat dah discaj semalam anak2 ada ckp ....nanti email kita sbb ingat nak visit la

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN