TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Friday, March 11, 2011

Siri ke-2 Amalan Nabi Muhammad SAW

As-salam semua dan selamat hari sabtu...semoga semuanya berjalan lancar perjalanan hidup kita dan dapat melakukan rutin harian dengan gembiranya..

Anda bagus..saya juga bagus...haahaha kuatkan semangat jati diri kita..kalu tak kita sendiri yang menyakininya siapa lagikan.

O.k yang pertama mari kita pelajari amalan-amalan yang biasa Nabi kesayangan kita Nabi Muhammad SAW menjalani kehidupan sehari-hari



Pertama : Sahabat meriwayatkan; Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 & 5 jari kecuali ada keperluan.

Kedua : Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadis: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain kerana bimbang terdedah aurat-Bukhari

Ketiga : Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan cukup dengan membersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.

Keempat : Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan atau tersinggung-Al-Bukhari

Kelima : Menutup mulut dan rendahkan suara ketika bersin. Hadis menyatakan apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut kerana dibimbangi terpercik-Abu Dawud

Keenam : Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadis meriwayatkan Nabi selelu terima hadiah dan amat menghargainya-Al-Bukhari

Ketujuh : Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap Allah.-Abu Dawud

Kelapan : Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi apabila mendatangi rumah sahabat beri salam hingga tiga kali.Al-Bukhari. Jika salam tak berjawab, beliau beredar

Kesembilan : Berdirilah apabila melihat iringan jenazah. Hadis menyatakan apabila kamu sekalian melihat jenazah yang diusung, maka berdirilah sebagai tanda penghormatan-Muttafaq Alaih

Kesepuluh : Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

No comments:

Post a Comment

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN