TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Sunday, March 27, 2011

amalan tambah rezeki

Semua orang mahu dimurahkan rezeki oleh Allah dan boleh dikatakan kita hari-hari berdoa supaya dilimpahkan rezeki banyak-banyak. Tapi tahukah kita macam mana nak membuatkan supaya kita dimurahkan rezeki ini.

Dalam Surah al-A'raf ayat 96, Allah SWT  menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki yang bermaksud "Dan (TUHAN berfirman lagi), sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah KAMI akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dan langit dan bumi. KAMI timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan."

Saya akan senaraikan amalan atau anak kunci untuk dimurahkan rezeki ini...sekiranya anda suka membaca dan sedang membaca atau telah membaca hasil tulisan Dr. H.M. Tuah Iskandar al-Haj dalam bukunya TAU TAK APA antaranya :-

  • tingkatkan iman dan takwa
  • banyakkan berdoa
  • banyakkan sedekah
  • buat baik kepada ibu, ayah dan orang tua-tua
  • banyakkan istighfar dan tinggalkan perbuatan dosa
  • buat solat dhuha
  • baca surah al-Waqiah
  • beri haiwan makan
  • jangan menyeksa binatang termasuklah bela burung dalam sangkar yang kecil
  • hubungkan silaturrahim, istilah lain berbuat baik sesama manusia
  • buat baik dan tolong orang yang lemah
  • kalau larat, rajin dan ada masa amalkan juga al-mathurat (al-Quran)
  • kahwin (saranan kepada yang belum kahwin sahaja)
  • menyempatkan diri beribadah
  • tunaikan hajat orang (tak faham cari buku TAU TAK APA)
Segala yang menyenangkan adalah rezeki, termasuk hati yang tenang, hati yang bahagia, tak ditimpa penyakit itupun rezeki.

Sekian sahaja untuk kali ini...rasa mengantuk pula..nak tidur laa sekejap sementara doktor tak panggil untuk check-up ni....(duduk di hospital lagi...dah seminggu dah disini huhu)...wassalam......

No comments:

Post a Comment

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN