TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Friday, March 25, 2011

mis see mis see yang manis.....

Apa khabar semua teman2 dan rakan blogger semua...harap semuanya HEBAT berpanjangan...haaa itulah kita kena letak HEBAT...supaya kita tak lemah dalam menjalani kehidupan yang kian rumit ini. Al-kisahnya nak cerita sikit yang aku dimasukkan ke wad Hospital Serdang pada petang hari Selasa 23hb Mac 2011 iaitu sepuluh hari selepas aku menyambut hari jadi yang ke 37 tahun....Alhamdulillah Allah memanjangkan lagi hayatku sampai saat ini...

Nak cerita.... biasanya kalau kena masuk hospital mesti orang sakit tenat atau dah parah..tapi aku ni kena masuk hospital sebab penyakit mata ku tak kebah-kebah sembuh...degil kata orang pantai timur..kelantan tampat kelahiran ku itu. Setelah beberapa kali pegi klinik ambil ubat masih lagi bengkak mata...last last jalan terakhir aku masuk wad sampai saat ini tapi saat ini 25hb Mac 2011 aku kat Hospital Putrajaya pulak.

Harapnya selepas ni dah tak ada lagi bengkak mata yang menyebabkan aku terpaksa ambil mc selalu untuk pergi kerja. ada tu aku pegi jugak kerja walaupun mataku bengkak..sebab kalau diikutkan hati memang malu dan segan untuk pegi kerja..tapi disebabkan sifat tanggungjawab ku sebagai pekerja yang baik (ia ke..tanya sama hati (lagu pulak)...ku gagah juga pergi dan semestinya aku kena drive bawa kereta dengan sebelah mata sahaja. wooii teror dengan sebelah mata ku bawa kereta dari puchong ke hospital serdang..sib baik tak banyak belok-belok jika tak susah nak sampai...

Kenapa tak ajak suami yang temankan...hehe..haaa ini jawapannya.."abang tak boleh tinggal..kerja banyak..ada concrete hari ni..tak boleh tinggal..nanti kerja tak jalan" haaa itu jawapannya...jadi ku gagahkan juga bawa kereta merentas hiruk pikuk jalan raya yang dah bertindan mindan dan sekarang ni..ku pikir positif aje..harap semuanya baik...aku pun faham keadaan suamiku...eeeii kalu tak faham keadaaan suami..siapa lagikan mesti isterinya yang lebih arif..jadi dalam rela dalam terpaksa...sampai juga aku kat hospital pukul 11.30 gitu..sebab sebelum tu aku pergi dulu check up kat klinik batu 14 yang paling terdekat untuk ambil surat rujukan dari klinik kerajaan...

eh eh..panjang pulak jadinya cerita ku...nanti laaa aku sambung lagi kalu aku rasa nak sambung..dah gelap ni hampir pukul 7 malam dah kot...tapi rasa tak sampai lagi..tapi kat dalam bilik ni..dah rasa mendung gelap..kesian aku tak ada pengunjung yang datang melawat...tak pe....think positif..hehe

sementara tu aku nak jamah donut yang aayang bucuk2 (suamiku laa) yang bawa tengahari tadi..mari makan sama-sama..seganlah makan sorang sorang ni....bismillah....




4 comments:

  1. salam...thank follow blog pejah.ni pejah follow blog akak balik.thanksss :)

    ReplyDelete
  2. thanks semua mendoakan saya cepat baik dan dpt pulang semula ke rumah jumpa anak2 dan cik abang bucuk2.

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN