Entah kenapa tiba-tiba air mata ku bercucuran dan terasa hangat. Yang aku tahu aku jadi sebak sorang-sorang setelah selesai solat Maghrib. Aku solat aje dalam wad sorang-sorang lagipun bilik tempat katil ku tiada orang lain selain AKU. Maksudnya aku concer laahhh 3 katil lagiii hahaha.. takdelah..katil itu sudah kosong disebabkan pesakit yang sebelum ini sudah sihat dan dapat pulang...So tinggal aku sorang sahaja yang menetap di bangunan yang selalu orang takut di inject dengan jarum dan dibedah....sakitt.
Kenapa...kenapa aku menangis......
Aku pun tak tahu...banyak kemungkinan tuuuu...
Persoalannya kenapa...tapi perasaan aku banyak menyesali nasibku kat sini..mungkin kurangnya kawan-kawan melawat aku, kenapa bos aku pun tak datang menjengukku....tapi kenapa perasaan itu datang menyatakan mungkin aku ni tak penting bagi mereka, adakah mereka terlalu sibuk dengan tugas masing-masing, adakah kerana mereka tinggal jauh dari sini, adakah mereka mau tunggu dan lihat aje perkembanganku dari jauh...aku cuba buang perasaan itu jauh-jauh tapi..air mataku berjuraian di kain telekung ku....(harap kawan-kawanku jangan terasa ya....)
Mungkin juga sebab aku tak dapat jumpa dengan anak-anakku hari ni. Suami ku tidak sempat bawa mereka kesini berjumpa dengan ku seperti biasa disebabkan dihambat waktu. Atau mungkin sebelum aku ambil air sembahyang tadi aku lihat seorang suami dengan senyum lebar memberi sejambak bunga kepada jururawat-jururawat yang merawat mereka di wad ini... menandakan terima kasih kerana melayan mereka dengan baik sebelum ini. Then aku terasa sendirian aje disini sorang-sorang....
Aku juga terharu, terkilan kerana ibuku (mak) tak datang menjenguk ku di sini..aku tahu mak aku tinggal jauh di sana (Pasir Puteh,Kelantan) dan ibu mertua ku di Kuala Terengganu. Aku tak menyalahkan mereka cuma aku....aku terasa laahh juga dalam keadaan ku ditahan kat sini sorang-sorang. Maklum lah sebelum ni anak manja mak (ia ke).
Bukannya aku tak tahu sebelum ini aku sendiri yang menyatakan kepada kawan-kawanku supaya tak payah susah-susah datang melawat ku..kerana aku bukan pun sakit tenat seperti tak boleh bangun, tak boleh buat itu ini,,.tapi itulah perasaan ku datang dengan tiba-tiba..Mungkinkah perasaan sensitif ini menandakan aku akan datang bulan...tapi kebiasaannya pun begitulah..kalau perasaan ku cepat tersentuh oleh sesuatu...cepat terasa dan cepat menangis ini menandakan aku akan datang bulan (keluar haid). We wait and see.
Tadi aku ingat mahu sambung terus pakai kain telekung sembahyang hingga waktu solat Isyak..tapi nanti hilang semua idea aku ni untuk dimasukkan dalam blog hehehh..ini luahan hati je ya...itu sekejap je..lepas tu aku dapat panggilan dari suamiku dan dapat bercakap dengan kesemua anak-anakku (5 orang-huda,izat,adin,ayu&akbar) lepas sorang-sorang bertukar tangan telefon suamiku....lepas tu aku dapat gelak-gelak lagi kerana anak-anakku asyik bertanya bila ibu boleh balik...ibu buat apa?...ibu dah makan belum?..cepatlah balik.. then ayat yang tak boleh lupa ialah salah seorang anak ku bertanya bila ibu boleh balik, kesian abah tidur sorang-sorang...hehe tak malu.......
O.K itu aje penulisanku kali ini...harap teman-teman ku jangan terasa kerana itu semua mainan perasaan ku..lepas tu aku dapat kawal mood sedieh itu dengan gelak-gelak dan didatangi jururawat bertugas untuk ambil tekanan darah dan suhu badan (itulah rutin seharian disini) ok be cool.
Selamat berehat dan selamat malam. Doakan ku cepat pulang ya..
Assaalamua'laikum, terim kasih kerana singgah di blog saya. Sekarang masih di ward lagi ker? tak sempat nak belek2 entri lama awak. semoga cepat sembuh yer
ReplyDeletekak dah..huhu...sodih la...bukan tak nak melawat..biasalah kita..takder laki tak leh nak bergerak..apa pun selamat berehat kat umah
ReplyDelete