KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Berita lanjutnya di KOSMO.
best puasa tahun ni sebab dpt cuti bersambung dari ahad...
ReplyDeletesekolah bui pulak cuti peristiwa 1 hb ogos tu..yahooo..
ReplyDeletebestnya dapatlah himpun amal banyak2 first day puasa tu...tak pun buat juadah buka puasa sendirikan...
ReplyDeletetak sabo rasanya nak pose..hehe
ReplyDelete” Nizam Ijam Dot Com”
salam..
ReplyDeletetak sabar nak puasa...:)
*tq komen di blog saya...http://sekamarrindu2009.wordpress.com/