Assalamualaikum dan Salam Sayang diangin lalu....(skrg hujan sepoi2 kat Puchong)
Cerita orang sakit ni belum habis lagi. Nak diringkaskan cerita SL kena buat operation FUNCTIONAL ENDOSCOPIC SINUS SURGERY. Kalau kot bahasa melayu nya pembedahan berkaitan dengan resdung di bahagian hidung (rasanya macam tu lah).
Semlm hari pertama SL pulang kat rumah setelah 3 malam SL berada di wad, terasa juga sakit-sakit lagi di bahagian hidung tempat pembedahan itu, Disamping itu SL juga alami sakit di bahagian dahi dan mulut. Tentu teman-teman semua hairan kenapa dahi juga sakit. SL ada tanya doktor, doktor cakap kesakitan itu disebabkan masa pembedahan itu satu alat besi diletakkan di dahi untuk memudahkan doktor2 menjalankan pembedahan. Bahagian mulut pula diletakkan satu tiub untuk pengaliran oksigen...(masa tu SL tak sedar langsung, Subhanallah...sedar2 SL sudah berada di bilik tempat SL ditempatkan. SL dibius selama 6 jam dari dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 2 ptg baru SL sedar sikit2. Jadi SL tak boleh nak cerita panjang sepanjang dlm bilik pembedahan.
SL tak pandai nak cerita sinopsis step by step SL berada di hospital sana. Harap teman2 sudah tahu kedudukan sebenar kenapa SL diberi cuti sekarang sehingga 20/7 dan hari yg sama SL kena pergi buat rawatan susulan semula. Terima kasih kepada doktor bhg ENT terutama Doktor Rosli, Doktor Ram, Doktor Marvendash (kalau silap tulis nama harap maaf) yg tinggi lampai orangnya tapi sangat baik melayan pesakit. Jururawat pun baik2 semua terutama di Wad 3B....
SL harap bahagian SINUS yang SL alami tidak berulang lagi dan sembuh macam sediakala. Akhir kata terima kasih semua mendoakan SL sihat sepanjang berada di Hospital....
Oh... sinus kalau dah serious memang bahaya SL. Alhamdulillah dan selamat tinggal kenalah jaga pemakanan dan ubat-ubat. Berehatlah SL sementara da peluang nie....kakak doakan cepat sembuh.
ReplyDeleteterima kasih kakzakie, harap mcm tu lahh, SL bukannya ikut sgt pantang ni..sbb itulah sampai kena surgery tu...huhu..hrp2 selepas ni takde lah masalah timbul lg..
ReplyDeletealhamdulillah..harapnya dah berakhirnya kesengsaraan tu yer...tumpang sakit menengoknya..huhu
ReplyDeletesemoga Idah cepat2 sihat k..
ReplyDeletebui baru BW ni
tak tau cerita sangat..*_*