TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Sunday, July 10, 2011

Award dari Noorsafone

Alhamdulillah SL dapat Award dari Kak Noor. Sebenarnya SL dapat dah 2 3 hari yang lepas cuma tak dapat pergi ambik je...dek kesibukan sikit kebelakangan ini. Anyway pemberian award ini amat SL hargainya. Ok SL cuba senaraikan 7 perkara yang perlu (perlu ke...ngeeeh) diketahui oleh rakan-rakan blogger semua...buat-buat perlu aje laaah: -



1. Sayur Labu merupakan anak bongsu perempuan kepada 'mok' Habesah binti Jusoh dan 'che' Semail bin Daud (sudah lama meninggal dunia) ketika SL tingkatan 4.

2. SL sensitif orangnya lebih-lebih lagi kalau dapat tahu seseorang itu susah dalam kehidupannya, suka membantu sesiapa sahaja dan senang dengan kehidupan sekarang dengan mempunyai 5 anak 2 perempuan dan 3 lelaki.

3. SL mempunyai 3 orang kakak yang SL sayangi dan 2 abang dan seorang adik lelaki yang menetap di Pasir Puteh bersebelahan dengan rumah mok.

4. Harapan masa depan supaya SL dan suami dapat pergi masjid bersama-sama setelah anak-anak sudah membesar dan menjadi anak yang berguna juga kami menjadi pasangan bahagia hingga hujung nyawa.

5. SL insyaallah akan menetap di Terengganu dan membuat rumah sendiri di sana setelah anak-anak sudah membesar di sini....hajat besar tu..semoga dipermudahkan oleh rabbul aalamin.

6. Tak pandai sangat memasak di rumah tapi suka menjamu makanan kepada kawan-kawan...hati akan rasa senang apabila dapat membantu orang lain yang memerlukan bantuan...

7. SL mempunyai banyak buku-buku motivasi dari Dr. H.M Tuah, terkini SL cuba menghabiskan novel beliau yang bertajuk Cinta Lima Segi. Selebihnya buku-buku motivasi dan SL cuba cari lagi buku yang ditulis oleh beliau untuk dibaca.

Wah..lega rasanya pabila sudah habis 7 perkara ini...macam buat ujian pulak heehee...tima kasih sekali lagi Kak Noor bagi award ini pada Sayur Labu...Sampai jumpa lagi dilain waktu...

Oh ya lupa lak kena bagi-bagi sikit sorang hadiah ni..tak boleh makan sorang-sorang ...SL nak tag nama-nama yang terpilih ini...puterieima dan amymemey. Yang lain pun boleh angkut award ni jika sudi...

1 comment:

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN