TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Saturday, July 2, 2011

En. suami guna rokok elektronik

As-salamualaikum semua dan selamat pagi...

Semoga hari ni hari yang membahagiakan kita semua. Nak cerita sedikit bab rokok elektronik atau e-cigarette. Anda semua pernah dengar atau pernah guna atau pernah lihat, pernah pegang...apapun boleh syer dengan saya apa kelebihan dan kekurangannya. Memanglah kalau sesiapa yang tidak merokok mungkin tidak pernah tahu dan dengar.

En. suami SL baru guna rokok elektronik ini. Penggunaanya sedikit leceh kerana terpaksa dicas macam guna telefon yang kena selalu dicas bateri. Cuma tak perlu menggunakan lighter atau mancis api semasa menggunakannya. Kelebihan rokok ini bagi SL yg sebagai isterinya mungkin rokok ini tidak mengeluarkan bau seperti rokok tradisional dan rokok ini dijadikan satu alternatif untuk berhenti merokok.


gambar ikhsan dr pakcik google

Oh ya SL dapat tahu juga e-cigarette ini juga ada pelbagai perisa antaranya perisa gudang garam, dunhill, kent, mint yang dipanggil catridge. SL doakan sangat supaya en. suami SL dapat berhenti menghisap rokok buat selama-lamanya. Teman-teman semua doakan juga ya...

Salam sayang dari SL dan selamat berhujung minggu.

8 comments:

  1. assalamualaikum SL...wah...makin canggih teknologi skrg ye...ada rokok elektronik pulak..harap2 lepas ni semua org pon boleh berhenti merokok la...

    ReplyDelete
  2. nuwairani: harap2 begitulah, semoga boleh membantu mengurangkan hisap rokok lagi.

    Siti: memang ada siti, akak pun baru tau hehe..

    ReplyDelete
  3. baguslah...mudah2an usaha untuk berhenti terlaksana =)

    ReplyDelete
  4. yg disedut gamaknya yer..heran daku...kekee

    kak dah, terai la promote ubat berenti rokok kat tv tu..apa ke namanya..ada nikotin bunyinya

    ReplyDelete
  5. Insyallah suami akan berhenti merokok .... saya masuk bulan Julai maknanya kira hampir 9 bulan dah berhenti terus ... orang kata rokok elektronik jadi pengganti rokok tembakau pulak, ya, tapi tiada TAR dan tidak membahayakan orang sekeliling ...

    Cuma jadi kuat makan sebab selera dan rasa sensitif lidah pada masakan isteri semakin melazatkan ... baru saya tahu, rokok tembakau sebelum ini memberikan kesan pada sensitiviti lidah saya ...

    Semoga suami puan berjaya, insyallah.

    ReplyDelete
  6. seperti inaiputih, saya juga sudah menggunakan rokok elektronik ni. Dan meninggalkan terus tembakau.

    ReplyDelete
  7. terima kasih inaiputih dan ezham...doa2kan ya..spy berhenti terus tabiat merokok ni..

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN