gambar dari kosmo
LONDON - Isteri kelima Osama bin Laden, Amal Al-Sadah mendedahkan bahawa dia rela berkahwin dengan Ketua Al-Qaeda tersebut selepas diberikan hadiah perkahwinan berupa pakaian dan barang kemas yang bernilai AS$5,000 (RM15,000), lapor sebuah akhbar semalam.
Isteri pertama Osama, Saada dilaporkan marah kerana Amal sanggup berkahwin dengan Osama dan hidup sebagai pelarian bersama ketua Al-Qaeda itu di Afghanistan.
Wanita itu dipercayai tidak dapat menerima kenyataan bahawa Amal sanggup meninggalkan kehidupan seperti orang biasa di Yemen.
Namun, perkahwinan tersebut yang berlangsung semasa Amal berusia 17 tahun, mendapat restu keluarganya yang merupakan kakitangan kerajaan Yemen. Malah, mereka berbangga menerima Osama sebagai menantu walaupun mengetahui dia ialah orang paling dikehendaki di dunia.
Amal yang kini berusia 27 tahun, membuat pendedahan tersebut dalam satu wawancara dengan majalah Arab Saudi, el-Majalla di Yemen pada tahun 2002.
Menurut Amal, perkahwinan mereka berlangsung selepas Osama menghantar orang kepercayaannya, Abu Al Fida ke Yemen untuk mencari seorang isteri baharu buatnya.
Osama ketika itu mahukan seorang calon isteri yang alim, murah hati, mendapat pendidikan yang baik, pendiam, tenang dan cukup muda supaya dia tidak mudah cemburu terhadap isteri-isterinya yang lain.
Ikuti berita selanjutnya dalam kosmo hari ini.
No comments:
Post a Comment
JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN