Tempat lokasi kejadian (foto dari SINI)
BESUT – Dua beradik mungkin mengalami trauma seumur hidup selepas menyaksikan bagaimana bapa yang disayangi menemui ajal dalam keadaan tragis apabila dihempap sebuah lori membawa muatan kayu dalam kejadian di Kampung Batu 13, Hulu Besut dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam itu berlaku di hadapan mata Mohd. Ikmal Hakim Zuraimi, 7, dan adiknya, Amirul Hamdi, 5, yang ketika itu mengikut bapa mereka, Zuraimi Jusoh, 40, menaiki lori tersebut untuk menghantar bekalan kayu ke sebuah kilang yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas lori yang dipandu Zuraimi gagal mendaki jalan berbukit. Lebih malang apabila brek kenderaan itu rosak menyebabkan ia gagal dikawal dan lori itu menuruni bukit dengan laju secara mengundur.
Cerita selanjutnya dalam kosmo.
al fatihah buat keluarga mangsa
ReplyDeleteal-fatihah buat keluarga arwah...kalau anak tu dh besaq..mungkin dpa boleh paham pasal tu, dan dapat terima hakikat. Semoga depa menjadi anak soleh..amin..^^
ReplyDelete