TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Thursday, May 19, 2011

Baru ku tahu~~~~~

Sedih sungguh sedih (tapi tak kuar air mata pun)...tak dapat pergi kerja hari ini. Angkara siapa...angkara kereta rosak...sebab apa rosak, kemungkinan kena ganti minyak gear box. Itulah yang aku tahu dari cakap2 dr cik suamiku semalam dengan kawannya aka jiran kami yang paling rapat kat sini(puchong).

Sebagai perempuan aku kurang tahu sangat tentang penjagaan kereta ini..tahu pandu sahaja. Waima bayar bulan-bulan pun bukan aku hehe...Disebabkan aku tak dapat p kerja hari ni so aku cuba search laa..mana-mana input tentang penjagaan kereta berkaitan dengan 'gear box' ini. Jadi aku nak syer laa pengetahuan aku ni dengan mana-mana blogger yang sudi tahu jugak tentang penjagaan kereta ni..sebab aku rasa pemilik kereta mana-manapun kena tahu...


pinjam kereta Alfa Romeo jap dari sini


Petikan copy dari SINI

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. 


Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak enjin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam enjin akan dibuang bagi mengelakkan enjin dan gear box terhakis.Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda.

Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta).

Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gearbox yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah ‘mati’. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup.Setiap kali kita menukar clutch plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clutch plate.


Nak baca banyak lagi sila KLIK SINI. Banyak lagi info yang perlu diketahui oleh pemilik kereta sebenarnya..jangan tahu pandu sahaja macam saya...

6 comments:

  1. Kakak kalau bab kereta semua hubby buat. Kakak cuma drive dan isi minyak saja yg tahu....

    ReplyDelete
  2. salam kak idah...

    ada terima email izan tak?
    nnti check semula ye sbb digi tak boleh toup RM 5 kan... so, izan nak bank-in kan duit tu.

    ReplyDelete
  3. erk drive kete pon cik suha tatau (^_^)
    ekceli nak bitau cik suha ni folower ke 200..waa dah ramai yg polow die hehehe..erk nk hdiah!!!

    ni nak bg pntun 2 kerat:
    hadiah tak perlu la bg ferrari
    cukupla hnye sebuah entry

    lalala wat entry pomot cik suha *permintaan keji*~gurau je

    ReplyDelete
  4. Kak Zakie, samalah kita ya...pandai bawa je..yg lain serah pada hubby je...masalah2..

    ReplyDelete
  5. Izan, akak chek email tak de pulak..ok camtu izan topup je ke no. celcom ni 013-285 3663(hp anak-huda)

    ReplyDelete
  6. Tahniah suha follower akak yg ke-200. tak baik tau paksa buat n3 pulak....ok takpe...insyallah nanti akak usha2 kan...

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN