Jangan gelabah dan jangan kalut.....buat kerja apapun kena ada sifat sabar....sabar itu kan separuh dari iman..(betul ke ayat SL tu..)...ok ok mari kita tengok tajuk kat atas tu....
"..dunia...dunia....semakin haru biru jadinya.... " bukan apa tadi SL terbaca myMetro tajuk " Tumbuk , cekik isteri depan anak "
Aduh...rasa takut betul keadaan dunia rumahtangga sekarang....sikit sikit masalah dah
bertelagah besar....dah membuatkan anak-anak jadi takut dengan sikap ibu atau bapa
yang kurang sabar ni....cubalah bertenang dan buat berbincang elok-elok....
tak boleh ke....? ini terus serang membuta tuli.
Begini beritanya SL copy skit utk kalian baca sama-sama kandungan berita ini..
SERDANG: Seorang isteri ditampar, ditumbuk dan dicekik di hadapan anak-anaknya hanya
kerana meminta tolong suaminya membawakan payung untuknya masuk ke rumah ketika hujan
lebat, di rumah mereka, di Bandar Putra Permai, di sini, kelmarin.
Sumber polis berkata, dlm kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 34 tahun baru
pulang dari kelas menjahit ketika hujan lebat dan menelefon dari dalam kereta meminta
suaminya membawakan payung.
"Suaminya tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya hanya mengintai dari tingkap
rumah sebelum menyuruh anak mereka berusia 10 tahun keluar memberikan payung
kepada mangsa.
"Sebaik masuk ke rumah, mangsa mempersoalkan tindakan suaminya tidak mengendahkan
permintaannya dan tindakannya itu menimbulkan kemarahan suspek yang tiba-tiba
menamparnya beberapa kali, " katanya.
Lebih lanjut kat SINI.
Note: Dunia rumahtangga sekarang begitu menakutkan...semoga rumahtangga SL
dan rakan-rakan semua dilimpah rahmat oleh Nya....aminn...
macam2
ReplyDelete:|