TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Thursday, January 27, 2011

PENGAT PISANG, IKAN TERUBUK DAN UDANG MASAK MERAH

Entah kenapa tiba2 rajin pulak snap gambar hidangan semalam.
Saje nak tunjuk di n3 ni..hehe

IKAN TERUBUK DARI SARAWAK
Ceritanya ikan ini dibeli di kedai tempat orang jual pakaian dan tudung..
kan pelik tu..biasanya kalau kedai pakaian & tudung...beli baju ke..tudung ke
ni ada pulak ikan masin terubuk yg dijual disana..

Kata tukang kedai tu..suaminya baru balik dr Sarawak,
so suaminya beli banyak ikan terubuk utk di bawa pulang,
Jadi boleh makan separuh dan dijual separuh..
Ikan ni aku beli dengan harga RM8/- satu..
Berbaloi beli sebab SEDAP..makan dengan nasi panas..
sampai makan tak ingat orang belakang..
terpaksa masak nasi sekali lgi..
lauk lain tak usik pun sbb pekena ikan goreng Terubuk Sarawak.

Aku sempat juga masak Udang Masak Merah dan buat Pengat Pisang

Layan ajelah gambar di bawah..



IKAN MASIN TERUBUK DARI SARAWAK


Ini pula pengat pisang yg aku buat sebaik sahaja aku sampai umah
entah laa rajin semacam je..petang semalam
terus aku kopek kulitnya dan masak
boleh laa menghilangkan rasa lapar sebelum
aku masak utk makan malam..silakan..



PENGAT PISANG UNTUK MAKAN PETANG

Pengat ni aku buat simple aje..cuma tambah santan dan sagu sikit
kuah pun tak pekat sangat sbb anak2 ku suka hirup kuahnya..



PENGAT PISANG
\


PENGAT PISANG HIDANGAN UNTUK ANAK2




UDANG MASAK MERAH

2 comments:

  1. Wow!! mengiurkan! hehehe..semua sedap!!

    ReplyDelete
  2. malu pulak...biasa2 je...bahan pun tak banyak..utk anak beranak makan bolehlah.

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN